Selain bakar al-Quran, ini senarai kes hina Islam seluruh dunia


  • Massa
  • Khamis, 26 Jan 2023

Insiden pembakar al-Quran di Sweden mencetuskan amarah di serata dunia. — Agensi

KES penghinaan ke atas Islam dilihat semakin menular dalam kalangan masyarakat dunia yang tidak henti-henti menunjukkan rasa benci mereka terhadap agama itu.

Baru-baru ini, heboh di media antarabangsa apabila ahli politik Sweden, Rasmus Paludan mencetuskan kemarahan umat Islam selepas bertindak membakar senaskhah al-Quran sebagai tanda bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden.

Tindakan biadab itu sekali gus menyaksikan orang ramai seluruh dunia berang akan kelakuan berkenaan dengan ada yang sanggup melakukan protes secara terbuka di jalanan.

Namun, perlu diingatkan bahawa insiden seperti itu bukanlah yang pertama pernah disaksikan umat Islam apabila sejarah membuktikan kejadian yang sama berulang kali berlaku disebabkan sikap segelintir individu yang sengaja bertindak sedemikian.

Berikut merupakan beberapa kejadian yang pernah mencuri perhatian seluruh dunia sehingga mencetuskan protes besar-besaran.

1) Karikatur Nabi Muhammad SAW

Pada 2020, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah, juga menuduh Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.

Bahkan, Macron turut menyatakan negara itu tidak akan melarang karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

22e85bb25185f2f19748178a2f46713c11a32913

Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Agensi

Macron membuat kenyataan itu sebagai mengulas insiden seorang guru, Samuel Paty, yang dipenggal kepala di luar sekolahnya – di pinggir kota luar Paris awal Oktober tahun yang sama.

Kejadian berlaku selepas mendiang Paty menunjukkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW ketika kelas berkaitan kebebasan bersuara.

2) Hina Nabi Muhammad SAW ketika berdebat

Pada Jun 2022, jurucakap parti BJP, Nupur Sharma didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saiditina Aishah menerusi debat televisyen.

_125306868_gettyimages-461877666-594x594

Ahli politik India, Nupur Shama. Agensi

Kenyataan itu telah mencetuskan gelombang kemarahan semakin meluas di Asia Barat, selain dikutuk hebat oleh pelbagai negara Islam.

Di India, protes berlaku di beberapa negeri termasuk di Punjab, Delhi, Maharashtra, Gujarat, West Bengal, Jharkhand dan Uttar Pradesh.

Malah beberapa negara Arab menyatakan protes terhadap Shama sehingga menyebabkan wanita itu secara terbuka menarik semula kenyataan yang disifatkan mengguris perasaan umat Islam.

Malah partinya juga bertindak tegas dengan membuangnya daripada parti.

3) Nabi wanita

Seorang wanita Arab, Mariam Hadid dengan berani menggelarkan dirinya sebagai nabi wanita pertama menerusi akaun TikTok miliknya.

Pelbagai aksi yang menghina Islam seperti memakai baju separuh bogel, tidak memakai baju dalam dengan berhijab, membaca kitab al Quran dengan kostum ketat dan beberapa lagi video berbaur lucah dipamerkan.

mariam-1

Pempengaruh media sosial, Mariam Hadid. Agensi

Katanya, pemakaian tudung sudah ada sebelum kedatangan Islam di negara Arab dan di negara itu tudung sekadar menutup kepala.

“Tudung adalah perhiasan orang Islam yang perlu dipakai, namun cara pemakaian dan pemilihan baju itu terpulang pada individu walaupun mereka ingin menggayakan dalam bentuk seksi,” katanya.

Dia juga memuat naik video sedang membaca al-Quran serta mengajuk pergerakan dan bacaan ketika solat sambil memakai kostum ‘lucah’.

Berasal dari Lebanon dan membesar di Amerika Syarikat, Mariam merasakan kebal untuk terus berbuat provokasi sedemikian memandangkan tiada pihak yang mengambil tindakan terhadapnya di negara Barat itu.

4) Islam punca serangan

Senator Australia, Fraser Anning mencetuskan kontroversi apabila menyalahkan program imigresen dan Islam sebagai punca serangan di Christchurch, New Zealand pada Mac 2019 sekali lagi menimbulkan kemarahan orang ramai.

_106278385_639099c3-f05f-4488-b608-9dc0a3e9e22d

Ahli politik Australia, Fraser Anning. Agensi

Pada April 2019, Anning mengeluarkan kenyataan mahu mengharamkan kemasukan imigran dan berkulit hitam ke Australia.

Anning, 69, mengeluarkan kenyataan berbaur xenophobia itu di akaun Twitternya sebagai reaksi terhadap penahanan seorang penyokongnya oleh pihak berkuasa di Cronulla, pada bulan sama.

Kenyataannya itu bukan saja mengundang kemarahan umat Islam tetapi rakan sepolitiknya dan rakyat New Zealand yang mahu dia dipecat dan digugurkan jawatan Senator.

Namun undang-undang New Zealand tidak boleh menggugurkan status Senator melainkan atas sebab memiliki dua kerakyatan, bankrap dan melakukan kesalahan jenayah.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram