Tawaran diskaun saman trafik hingga 60 peratus sempena Hari Polis Ke-216


  • Primer
  • Isnin, 20 Mac 2023

Tawaran diskaun saman trafik itu bermula Isnin sehingga 31 Mac sempena Hari Polis Ke-216.

BERSEMPENA dengan sambutan hari Polis Ke-216, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengadakan kempen penawaran diskaun saman trafik sebanyak 60 peratus bermula Isnin.

Pengumuman tersebut dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melalui akaun Facebook rasminya pada Ahad dan tawaran itu akan berlangsung sehingga 31 Mac.

Tawaran tersebut juga boleh diperoleh secara dalam talian melalui aplikasi MyBayar Saman dan juga secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.

Namun begitu, hanya kesalahan trafik yang terpilih sahaja yang layak mendapat penawaran diskaun saman.

Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan yang melibatkan bicara mahkamah, kesalahan tidak boleh kompaun (NC), memotong di garisan berkembar, kemalangan, memotong secara berbahaya, menggunakan lorong kecemasan dan saman berstatus waran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram