[VIDEO] Terbabas di LATAR ketika ke program dakwah, penunggang 'superbike' parah


  • Massa
  • Ahad, 19 Mac 2023

Mohd Azmi sudah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera parah selepas motosikal ditungganginya terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) pada sekitar pukul 12 tengah hari Ahad.

Difahamkan mangsa yang juga Bendahari Sifu Bikerz Malaysia, Mohd Azmi Jamaludddin, berusia 68 tahun sedang dalam perjalanan dari Banting untuk menuju ke Kuala Selangor.

WhatsApp Image 2023-03-19 at 6.45.23 PM

Keadaan motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang Mohd Azmi selepas kejadian tersebut.

Timbalan Setiausaha Sifu Bikerz Malaysia, Rosli Muhamad memaklumkan, Mohd Azmi yang juga seorang pesara itu sudah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dengan ambulans dari tempat kejadian bagi mendapatkan rawatan.

"Kita dimaklumkan kecederaan dialaminya agak serius melibatkan bahagian anggota seperti tengkuk dan tulang belakang. Dia kini masih dirawat di wad zon merah hospital," katanya kepada Majoriti.

Rosli memaklumkan, ketika kejadian, Mohd Azmi sedang berkonvoi bersama dua orang lagi ahli Sifu Bikerz Malaysia antaranya termasuk presidennya, Mohamed Hanafiah Abdul Malik atau dikenali sebagai ustaz Hanafiah.

Katanya, kumpulan konvoi tersebut yang menunggang motosikal masing-masing sedang dalam perjalan ke ke Kuala Selangor bagi menghadiri program dakwah.

Menurut beliau, ketiga-tiga ahli konvoi berkenaan sebebelum itu menghadiri acara dakwah dan gotong royong, Jom Cuci Masjid 2.0 Ke-42 yang diadakan sempena bulan Ramadan di Masjid Al-Mutmainnah, Banting pada pagi Ahad.

Rosli turut memaklumkan, punca menyebabkan Mohd Azmi terbabas dalam kejadian itu masih tidak diketahui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram