Tiga individu maut rempuh kren parkir tepi jalan


  • 112
  • Ahad, 19 Mac 2023

Kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga yang melanggar belakang sebuah kren yang diletakkan di tepi jalan. — Bomba

TIGA individu maut selepas sebuah kereta merempuh kren yang diparkir berhampiran sebuah sekolah di Jalan Syed Putra, Bukit Seputeh, Kuala Lumpur, awal pagi Ahad.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan, K Segar berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.46 pagi sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang melanggar belakang sebuah kren yang diletakkan di tepi jalan.

WhatsApp Image 2023-03-19 at 4.31.08 PM

Pemandu kereta tersebut tersepit di tempat duduk pemandu dalam kejadian tersebut. — Bomba

"Ekoran kemalangan itu, pemandu lelaki kereta itu didapati tersepit di tempat duduk pemandu, manakala dua pekerja keselamatan yang menjaga kren turut cedera parah akibat dilanggar kereta berkenaan,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Menurut Segar, mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram