Kejam, mayat remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam semak kawasan setinggan di Sandakan


  • 112
  • Selasa, 14 Mac 2023

Mayat remaja berusia 15 tahun itu ditemukan dalam satu kawasan semak di perkampungan setinggan Kampung Forest, Sandakan, Sabah. — Orang Awam

SEORANG remaja perempuan ditemui mati di dalam dalam satu kawasan semak selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di perkampungan setinggan Kampung Forest, Sandakan, Sabah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, remaja perempuan berusia 15 tahun itu dipercayai mati dibunuh.

"Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi Selasa dan menemui mayat dalam semak di atas tanah berlumpur di kawasan setinggan tersebut.

"Polis turut menahan seorang warga asing berusia 22 tahun kira-kira jam 12.30 tengah hari berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Abdul Fuad turut menyeru orang ramai mempunyai yang maklumat berhubung kejadian menghubungi polis bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram