BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi peringatan agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan mencampuri urusan membabitkan keluarganya.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu ciapan di Twitter peribadi miliknya pada Selasa.
"Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang," ciapnya.
Tangkap layar ciapan Musa Hassan. — Twitter/MusaHassan
Terdahulu, Majoriti melaporkan video tular mendakwa seorang lelaki yang mirip bekas pegawai kanan tertinggi polis didakwa mengasari seorang wanita dipercayai isterinya.
Melalui video tular yang dimuat naik dalam halaman Twitter Mak Cik Bawang pada Selasa, pasangan terbabit dipercayai bertengkar di kediaman mereka pada minggu lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram