Isteri mengamuk, lelaki mirip bekas pegawai kanan tertinggi polis didakwa curang


  • Tular
  • Selasa, 07 Mac 2023

Tangkap layar seorang lelaki mirip bekas pegawai kanan tertinggi polis yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya.

BELUM reda lagi kes panas kecurangan melibatkan selebriti tanah air, kali ini muncul pula video tular mendakwa seorang lelaki yang mirip bekas pegawai kanan tertinggi polis didakwa berlaku curang terhadap isterinya.

Melalui video tular yang dimuat naik dalam halaman Twitter Mak Cik Bawang pada Selasa, pasangan terbabit dipercayai bertengkar di kediaman mereka pada minggu lepas.

"Perempuan memang ditakdirkan mempunyai keberanian lebih daripada lelaki. Dia tak peduli kau ayahanda ke mantan Ketua Polis Negara ke semua dia tak hairan," ciapnya.

Dalam video tular tersebut, difahamkan kedua-dua pasangan itu bergaduh selepas isterinya mengetahui suaminya curang.

Turut kedengaran kedua-duanya bergaduh dipercayai tentang duit dan rumah.

"Kau dengki, kau pun boleh kahwin lain dengan perempuan itu.

"Saham bisnes kau pun, C**a (perempuan) itu yang bagi," katanya.

Pertengkaran itu turut berlaku di hadapan seorang budak lelaki dipercayai anak kepada pasangan tersebut.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Isteri kedua kepada bekas pegawai kanan tertinggi polis membuat laporan mendakwa dipukul suaminya di kediaman mereka di Kuala Lumpur, pada 28 Februari lepas.

Wanita itu membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pada Isnin minggu lepas kira-kira pukul 8 malam.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas tercetus pergaduhan antara suami isteri berkenaan yang dipercayai berpunca daripada isu harta serta nafkah.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu mendakwa dipukul suaminya di kepala dan belakang leher.

Bekas pegawai polis berusia lingkungan 70-an terbabit turut membuat laporan menerusi peguamnya di balai polis sama kira-kira pukul 3 petang 1 Mac.

Bekas pegawai kanan tertinggi polis berkenaan pula membuat laporan menyatakan beliau dipukul menggunakan helmet dalam kejadian itu.

Majoriti sudah cuba menghubungi pegawai kanan tertinggi terbabit mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut namun tidak mendapat sebarang respons. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram