Isu kerugian RM157 juta UiTM Holdings, SPRM tubuh pasukan forensik siasat dakwaan penyelewengan


  • Massa
  • Selasa, 07 Mac 2023

UiTM Holdings Sdn Bhd mengalami kerugian lebih RM157 juta pada Februari lalu. — Gambar hiasan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentuk pasukan forensik untuk meneliti dakwaan penyelewengan berhubung kerugian RM157 juta yang ditanggung UiTM Holdings Sdn Bhd.

Ketua SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, kes itu masih dalam siasatan dan setakat ini suruhanjaya tidak akan mendedahkan butiran lanjut.

“Saya diberitahu bahawa pasukan forensik telah dibentuk untuk meneliti butiran kes itu.

"Saya perlu ingatkan semua bahawa kerugian tidak semestinya ada unsur jenayah. Kita kena adil," katanya selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SPRM, Universiti Teknologi Mara dan Institut Malaysia Perakaunan (MIA) pada Selasa.

Azam berkata, SPRM sedang meneliti semua aspek siasatan melibatkan kes berkenaan.

“Kami akan mendedahkan hasil siasatan apabila ia selesai untuk mengelakkan semua pihak daripada menyalahkan satu sama lain,” tambahnya.

Pada 10 Februari, SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan melibatkan lebih RM157 juta yang dialami oleh UiTM Holdings Sdn Bhd. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram