ADAKAH anda masih mencari destinasi terbaik untuk menikmati juadah berbuka secara bufet pada bulan Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi?
Oleh itu, khas buat mereka yang berada di Lembah Klang, anda boleh hadir ke De'Moccis Boutique Hotel yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Dengan lebih daripada 50 jenis sajian yang dihidang setiap hari, pengunjung pastinya berpuas hati dengan pilihan yang bertemakan 'Nostalgia Warisan Kampung'.
Antara juadah utama ditawarkan ialah asam pedas yang disediakan chef selebriti, Chef Anuar Deraman dengan kerjasama petugas hotel berkenaan, Chef Haris Meslani yang juga anak jati Melaka.
Hidangan yang cukup terkenal dalam masyarakat negara ini disediakan setiap hari dengan menampilkan masakan berbeza seperti asam pedas ayam dan ikan pari.
Pelbagai juadah disediakan kepada pengunjung dengan harga berpatutan.
Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga berpeluang merasai hidangan berdasarkan negeri seperti nasi kerabu dari Kelantan dan nasi dagang yang cukup sinonim dengan Terengganu.
Malah, bagi pengunjung yang cukup berminat akan makanan kampung, De'Moccis Boutique Hotel juga menyediakan beberapa jenis lauk-pauk seperti nangka masak lemak yang ditambah dengan kemeriahan ulam-ulaman.
Lebih menarik lagi, lebih daripada 30 jenis manisan dan kuih-muih juga disediakan, termasuk kuih talam dan ais kacang yang sesuai dinikmati selepas hidangan.
Puluhan jenis kuih-muih turut disediakan, termasuk tart dan manisan kontemporari.
Sementara itu, Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi Moccis Berhad, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh berkata, tema 'Nostalgia Warisan Kampung' yang dipilih hotel tersebut adalah bersesuaian dengan masyarakat majmuk dalam negara.
"Ketika bulan Ramadan, golongan yang akan keluar untuk mencari juadah bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Melayu yang kita gemar makanan warisan, tetapi ia juga cukup diminati masyarakat Cina dan India.
"Di hotel-hotel lima bintang, mungkin makanan mereka berbeza, tetapi, bagi kami di De'Moccis Boutique Hotel, makanan itu adalah yang diwarisi oleh kita secara turun-temurun," katanya yang turut mencadangkan menu asam pedas negeri kelahirannya iaitu Kedah Darul Aman.
Bagi memudahkan urusan solat, pihak hotel juga menyediakan ruangan khas yang sebelum ini digunakan sebagai bilik mesyuarat supaya lebih rama jemaah boleh menunaikan ibadah itu dalam satu masa.
Keselesaan pengunjung paling utama dengan itu pakej bufet turut ditawarkan dengan harga amat berpatutan apabila pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM88 sementara kanak-kanak dan warga emas diberikan kadar istimewa, iaitu serendah RM68.
Sebenarnya keunikan angka 88 itu ada kaitan dengan sambutan Ulang Tahun Ke-88 Koperasi Moccis Berhad tahun ini.
Namun, bagi sesiapa yang sudah merancang untuk menyertai bufet Ramadan itu sebelum 15 Mac 2023, kedua-dua golongan pengunjung akan diberikan potongan harga sebanyak RM10.
Gabungan antara Chef Anuar (kanan) dan Chef Haris pastinya memenuhi cita rasa orang ramai.
Bagaimanapun, dalam usaha memberi layanan terbaik kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Pengerusi De'Moccis Boutique Hotel, Datuk Abdul Aziz Mat berjanji pihaknya akan memberi harga lebih istimewa.
Katil bersaiz lebih rendah disediakan dalam bilik yang dikhaskan buat pengunjung istimewa. — Agensi
"Ada, kami akan berikan harga yang lebih rendah kepada mereka," katanya.
Keperihatinan syarikat terhadap anak syurga ini begitu menyerlah apabila pihak Moccis menaja tiga insan istimewa dari Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan ini.
Seramai tiga individu bertuah dipilih menunaikan ibadah umrah di bawah tajaan pihak Moccis.
Tambahan pula, De'Moccis Boutique Hotel yang baru beroperasi pada Jun 2022 turut menyediakan kemudahan kepada golongan OKU bagi memudahkan mereka menginap. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram