DESTINASI Rasa menawarkan hidangan berbuka bermula 23 Mac hingga 21 April bertempat di Hotel Le Meridien, Putrajaya sebagai sambutan bulan Ramadan yang akan datang.
Lebih 100 pilihan menu disediakan buat pengunjung pada tahun ini yang bercirikan masakan warisan Melayu dengan hidangan istimewa bertemakan Timur Tengah.
Nasi kandar LM merupakan tarikan utama sempena bufet Ramadan.
Bertemakan Malam Pesona Songket, Destinasi Rasa menawarkan menu utama yang menarik iaitu Nasi Kandar Le Meridien (LM) dengan pelbagai jenis kari seperti kari kepala ikan, kari kambing dan kari udang.
"Seperti yang diketahui, nasi kandar sinonim dengan rakyat Malaysia, oleh itu nasi kandar dipilih sebagai menu utama untuk membawa suasana kedai mamak itu sendiri ke hotel," kata salah seorang wakil daripada hotel ternama itu.
Antara menu lain yang menarik dihidangkan.
Namun, terdapat pilihan menu yang lain seperti nasi arab kambing carik, ayam shawarma, gulai lemak kawah dan banyak lagi.
Terdapat pelbagai manisan yang turut disediakan untuk para pengunjung.
Selain itu, pihak restoran turut menyediakan kuih-muih tempatan dan manisan bertemakan Timur Tengah seperti tapai ubi, pulut dan pilihan tart yang cukup sinonim dengan budaya Arab.
"Kemudahan surau turut disediakan bagi memberikan ruang dan keselesaan kepada pengunjung untuk menunaikan solat bertempat di tingkat satu dilengkapi dengan kain pelikat, telekung dan sejadah," katanya kepada Majoriti.
Bukan itu sahaja, ketika sedang menjamu selera pengunjung juga akan dihiburkan dengan dendangan daripada kugiran dan kumpulan Ghazal Seri Pinang.
Tempahan awal (Early Bird) boleh dibuat bermula awal Mac hingga 23 Mac yang mana menawarkan harga lebih rendah iaitu pada harga RM138 (dewasa) dan RM74 (kanak-kanak).
Bagi harga normal pula bermula 23 Mac hingga 21 April iaitu RM188 (dewasa) dan RM94 (kanak-kanak).
Sebagai info tambahan, bagi ahli Marriott Bonvoy pula diskaun terhad juga ditawarkan sekiranya membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit yang terpilih. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram