Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Pasir, operasi pencarian masih diteruskan


  • 112
  • Khamis, 02 Mac 2023

Mangsa dipercayai hilang pada pukul 2.50 petang Rabu.  

SEORANG kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur di Chini, Pekan, Pahang pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud menerusi kenyataan pada Khamis berkata, mangsa, Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, dipercayai hilang pada pukul 2.50 petang.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada petang Rabu turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan selain dibantu orang awam melibatkan kawasan sejauh 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Wam Samsul berkata, operasi bersambung pada pagi Khamis selepas ditangguhkan pada 11 hari sebelumnya ekoran keadaan cuaca dan persekitaran yang gelap.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram