Doa kerajaan tumbang hanya fatwa politik Hadi - TPM Zahid


  • Politik
  • Khamis, 02 Mac 2023

Ahmad Zahid berkata, terdapat lebih banyak isu mendesak yang harus ditumpukan oleh ahli politik dan bukannya hanya berpolitik.

USAHA untuk menukar kerajaan sepatutnya hanya dilakukan pada pilihan raya akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengatakan kerajaan berkemungkinan akan tumbang, Ahmad Zahid menyifatkan ia sebagai "doa tidak baik' yang datang daripada seorang ulama.

“Itu doa yang tidak baik dan sebagai ulama politik, beliau (Abdul Hadi) mempunyai ‘fatwa’ sendiri yang hanya berfungsi mengikut situasi tertentu. Anda boleh menilai sendiri,” katanya kepada pemberita ketika mesyuarat bulanan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di Risda, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata, terdapat lebih banyak isu mendesak harus ditumpukan ahli politik dan bukannya hanya berpolitik.

“Apa yang penting sekarang ialah kestabilan politik dan isu yang dihadapi rakyat. Mari kita berhenti mempunyai pandangan atau pendapat yang berbeza. Jika mereka mahu menukar kerajaan, buatlah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Abdul Hadi dalam satu dialog dilaporkan berkata kerajaan sedia ada akan tumbang.

Kenyataannya di Dewan rakyat turut menyebut bahawa Perikatan Nasional (PN) seharusnya tidak disalahkan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.—The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram