GEMPA bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG) pada jam 5.24 pagi Ahad.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 77 km barat daya dari Kimbe, PNG.
Namun begitu, kenyataan tersebut memaklumkan perkembangan berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram