Budak lelaki maut, terjatuh dari bilik hotel di Karamunsing


  • 112
  • Isnin, 27 Feb 2023

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Sabah pada Ahad. — Bomba

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin.

Difahamkan, keluarga mangsa menginap di tingkap 14 hotel tersebut dan mayatnya ditemui di balkoni hotel di aras lima.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa turun mangsa," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada 7.54 pagi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram