Budak perempuan 12 tahun rentung dalam bilik tidur rumah di Kuala Ketil


  • 112
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil yang terbakar dan mengakibatkan seorang budak perempuan rentung. — Ihsan bombaung ditemukan meninggal dunia. - Foto ihsan Bomba

MALANG tidak berbau menimpa nasib seorang kanak-kanak perempuan selepas mangsa ditemui rentung akibat kebakaran rumahnya di Kampung Besah, Kuala Ketil, Baling, Kedah pada Jumaat.

Mangsa, Nor Batrisha Razali, 12, ditemui di dalam bilik tidur oleh pasukan bomba di tingkat bawah rumah berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.08 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Kebakaran membabitkan struktur rumah kelas B yang terbakar 90 peratus.

"Hasil pemerhatian Pasukan Kawalan Operasi (PKO) mendapati kebakaran bermula pada bahagian dalam bilik tidur sebelah kanan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Wan Hamizi berkata, setakat ini kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram