Elak diperdaya kartel urus jenazah, pakar dedah 5 fakta penting


  • Massa
  • Selasa, 21 Feb 2023

Kegiaran kartel jenazah difahamkan bermula sekitar 2020, ketika negara teruk dilanda pandemik Covid-19. — Gambar hiasan

TINDAKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan empat individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan 'kartel pengurusan jenazah' sebelum ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Hal ini kerana kegiatan kartel jenazah ini difahamkan bermula sekitar 2020, semasa negara teruk dilanda pandemik Covid-19, yang mana ketika itu ramai terkorban akibat wabak tersebut.

Sejak itu, ada individu yang mengambil kesempatan kesusahan dan kekalutan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

Ini seterusnya membuka mata ramai orang untuk membongkar pengalaman masing-masing ketika berdepan dengan kartel pengurusan jenazah.

Ia antara lain Mr Wan Cai Official mendedahkan di laman Facebook, apabila individu-individu yang menjalankan kartel jenazah tanpa segan silu secara terang-terangan mengaku mereka sebahagian kegiatan itu.

Malah, ada juga yang mendedahkan, individu-individu tersebut mempunyai orang dalam atau digelar ulat untuk mendapatkan maklumat si mati, dengan lantikan pihak swasta oleh hospital yang sekali gus memudahkan kegiatan kartel jenazah.

file61ngfqe6txw1m6grmmkf

Kamal Affandi

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, sama ada dakwaan sedemikian benar atau tidak, terdapat beberapa cara untuk orang ramai memastikan tidak dipermainkan di dalam pengurusan jenazah.

Beliau berkata, sekiranya kematian seseorang individu berlaku di rumah, ahli kariah masjid boleh mendapatkan bantuan ahli jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan secara langsung bagi menyempurnakan urusan pengebumian.

Manakala, katanya, jika kematian berlaku di hospital, orang ramai boleh melakukan pengurusan jenazah sendiri jika mampu dan memiliki pengetahuan pengendalian jenazah.

"Seandainya tidak, maka khidmat pengurusan jenazah juga banyak ditawarkan secara percuma oleh beberapa organisasi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berwibawa," katanya kepada Majoriti.

file7glbgwk9l5j12i9nfkav

Petugas khas pengurusan jenazah Covid-19 melakukan proses tayamum ke atas jenazah pesakit Covid-19 di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor pada Julai 2021. — Gambar hiasan/Bernama

Pada masa sama, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyerahkan atau menandatangani sebarang surat atau dokumen kepada pihak yang mengaku diarah untuk membantu, namun gagal membuktikannya.

"Hubungi juga ejen insurans nyawa si mati kerana mereka juga pihak berkepentingan dalam hal ini.

"Ramai juga antara mereka yang mahir di dalam urusan tadbir urus jenazah," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram