Harga telur diumum lebih rendah pada Selasa, Kerajaan tak izin tokoh politik bolot kekayaan - PM Anwar


  • Politik
  • Isnin, 05 Dis 2022

Anwar menegaskan akan memerangi pembolotan kekayaan yang dilakukan tokoh politik.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memerangi pembolotan kekayaan yang dilakukan tokoh politik dalam tempoh terdekat.

Perkara itu diumumkan Anwar menerusi sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Perpaduan pada Isnin.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau telah berbincang dengan Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor Al-Bukhary berhubung perkara tersebut.

BANGI, 22 Feb -- Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada Majlis Himpunan Enam Dekad Keluarga Besar Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia di Bangi Convention Centre hari ini.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Saya telah berbincang dengan Syed Mokhtar dan menegur kerana beliau mempunyai monopoli import beras.

"Untuk berlaku adil, kita harus tahu, kebenaran import ini bukan concession yang dianugerahkan kepada beliau tetapi kepada syarikat Bernas.

"Syarikat Bernas ketika itu dimiliki Tan Sri Tan Boon Seng sebelum dibeli oleh Syed Mokhtar," katanya.

Tambah Anwar, Syed Mokhtar telah membeli pegangan saham sebanyak 31 peratus dengan harga sekitar RM800 juta yang dimiliki Boon Seng.

WhatsApp Image 2022-12-05 at 4.20.10 PM

Tan Sri Syed Mokhtar

"Syed Mokhtar turut membeli syarikat yang dimiliki penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim dengan RM400 juta.

"Jadi beliau mempunyai tanggungan untuk membayar dan kita tidak boleh membebankan beliau sehingga dapat diteliti keuntungan dan pulangan yang diterima.

"Saya menggesa beliau membayar RM10 juta kepada pesawah miskin dan RM50 juta pada tahun depan kepada syarikat Bernas.

"Saya juga memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinan saya tidak akan mengizinkan cara pembolotan kekayaaan oleh tokoh-tokoh politik yang mengaut keuntungan dengan begitu mudah termasuk menghisap darah pesawah yang miskin," jelasnya.

download (1)

Datuk Seri Shahidan Kasim

Dalam pada itu, Anwar telah berbincang dengan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung isu telur.

"Mat Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengumumkan harga telur yang lebih rendah pada Selasa.

"Kita mahu mengurangkan kebergantungan terhadap kartel. Jadi, kita harap bekalan telur mencukupi dan harga dapat dikurangkan," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram