[VIDEO] Empat suspek bertopeng pecah rumah di siang hari, cabut lari naik Proton Waja


  • Tular
  • Jumaat, 17 Feb 2023

Tangkap layar empat orang individu disyaki merompak sebuah rumah di Klang, Selangor.

TULAR satu video di media sosial sekumpulan perompak didakwa memecah masuk sebuah rumah dipercayai di Petaling Garden, Klang pada Jumaat.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera telefon pintar seorang individu yang dipercayai merupakan jiran mangsa.

Berdasarkan video berkenaan, seramai empat individu menutup muka mereka menggunakan topeng keluar dari rumah terbabit lalu melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.

Suspek dilihat membawa parang manakala dua lagi dipercayai memegang hasil barangan rompakan daripada rumah mangsa.

Hasil semakan ke atas nombor plat kereta Proton Waja terbabit, ia merupakan kepunyaan seorang lelaki berusia 56 tahun.

Namun tidak dapat dipastikan adakah ia kenderaan milik suspek ataupun kereta terbabit merupakan hasil rompakan daripada individu lain.

Menerusi rakaman video tersebut, mangsa dilihat keluar daripada rumah bersama seorang warga emas dalam keadaan cedera di bahagian leher.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian terbabit.

Perbuatan ini tidak seharusnya menjadi teladan tetapi ia dipaparkan supaya orang ramai berhati-hati dalam apa juga keadaan dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram