Polis Klang buru suspek samun bersenjata pandu Honda City


  • 112
  • Jumaat, 17 Feb 2023

Seorang wanita menjadi mangsa samun semasa hendak memasuki keretanya sebelum dibantu seroang lelaki namun suspek berjaya meloloskan diri.

POLIS Daerah Klang Utara sedang mengesan sekumpulan lelaki yang disyaki menyamun beg tangan seorang wanita menggunakan parang di Pekan Kapar, Klang, Selangor pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, kira-kira pukul 9 malam pada Khamis, polis menerima satu laporan berkaitan kejadian samun bersenjatakan parang di Jalan Mohtar, Klang, Selangor.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menuju ke keretanya dan datang dari arah belakang seorang lelaki bersenjata parang.

"Suspek kemudiannya menarik bag tangan mangsa lalu melarikan diri menaiki kereta jenis Honda City berwarna perak," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khairi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut untuk tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kes ini, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Khairolazuan Mohd Supian, no telefon 0111-6937331 ataupun IPD Klang Utara, no telefon 03-32912222 ataupun mana-mana balai polis yang berhampiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkumpulan dengan senjata dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika disabit bersalah.

Sebelum ini tular di media sosial, seorang wanita menjadi mangsa samun semasa hendak memasuki keretanya sebelum cuba dibantu seorang lelaki namun suspek berjaya meloloskan diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram