'Kalah direct, team toksik', 3 tips elak stres ketika bermain game


  • eSports
  • Sabtu, 18 Feb 2023

Ada beberapa tips untuk mengelakkan diri daripaa mengalami tekanan ketika sedang bermain permainan video. — Agensi

APABILA anda membuat keputusan untuk bermain permainan video sudah tentu matlamat utama anda adalah untuk berseronok.

Namun kadang-kala kita akan merasakan tekanan disebabkan banyak faktor seperti kekalahan berturut-turut, rakan sepermainan tidak boleh beri kerjasama, pasukan toksik dan lain-lain lagi.

Apabila dalam keadaan ini akan timbul perasaan marah serta memberi kesan terhadap gaya permainan yang lebih agresif serta mudah melakukan kesilapan sehingga mengakibatkan kekalahan.

Majoriti menyenaraikan tiga tips yang boleh anda gunakan untuk menangani tekanan semasa bermain permainan video.

Stres

Apabila emosi anda mencapai kemuncaknya dan tidak dapat dikekang lagi, idea yang baik adalah berhenti bermain seketika. — Agensi

1. Kenal pasti punca stres

Jika perkara yang memberi tekanan kepada anda ialah dari keputusan permainan.

Maka apa yang anda boleh lakukan ialah melihat kembali corak permainan dan lakukan rujukan tentang apa yang perlu diperbaiki untuk perlawanan seterusnya.

Namun jika rakan anda yang menyebabkan tekanan, tidak salah untuk mendiamkan diri dan tidak berinteraksi dengan mereka.

Apabila emosi anda mencapai kemuncaknya dan tidak dapat dikekang lagi, idea yang baik adalah berhenti bermain seketika.

Screenshot 2023-02-17 at 22-30-51 Video Game Anxiety Is Real. Here's How to Manage It

Jika anda boleh fokus pada permainan dan mengabaikan orang lain, anda mungkin boleh mengelakkan perasaan tertekan. — Agensi

2. Fokus pada diri sendiri

Elemen seterusnya ialah fokus pada diri sendiri.

Bermain lebih baik dan sebagai individu adalah satu cara untuk anda elak daripada merasai tekanan bersama rakan anda.

Jika anda boleh fokus pada permainan dan mengabaikan orang lain, anda mungkin boleh mengelakkan perasaan tertekan.

Walaupun jika akhirnya mengalami kekalahan, ia tidak akan menimbulkan pergaduhan dengan rakan serta menambah tekanan dalam diri anda.

3. Rehat sebentar

Anda boleh berehat dengan bermain secara kasual atau mengelakkan mod persaingan.

Selain itu, cuba berhenti sebentar dari permainan video dan lakukan perkara lain dalam kehidupan sebenar seperti berehat, berbual dengan rakan atau pasangan anda.

Mungkin apabila anda hampir berhenti akan ada dorongan kuat untuk terus bermain, "satu perlawanan lagi", "terakhir!" dan desakan-desakan lain, cuba tahan nafsu itu jika tidak mahu jatuh lebih jauh.

Berhenti sebentar dari permainan video dan lakukan perkara lain dalam kehidupan sebenar seperti berehat, berbual dengan rakan atau pasangan anda. — Agensi

Menurut Pengurus Pasukan e-Sukan, Aris Danial, turut berkongsi beberapa tips untuk mengelakkan diri daripaa mengalami tekanan ketika sedang bermain permainan video.

"Seorang individu harus mempunyai latihan yang cukup untuk mengelakkan daripada perkara tersebut terjadi, lagi-lagi melibatkan pada hari yang penting.

"Rehat yang cukup sebelum hari kejohanan, supaya tak mudah letih dan tak mudah melakukan kesilapan kecil yang boleh mendatangkan stres.

"Mindset yang perlu dilentur agar selari dengan apa yang ingin dicapai, katanya pada Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram