Bakal pemain naturalisasi HM rupanya sepupu legenda Selangor dan Perak


  • Podium
  • Ahad, 19 Feb 2023

Mehmet berjaya menamatkan penantian selama 18 tahun The Bos Gaurus untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada 2018.

TIDAK ramai peminat bola sepak tempatan mengenali siapa Argzim Redzovic sebelum ini walaupun sudah masuk hampir enam tahun dia bermain di Liga Malaysia, mungkin kerana pemain berketinggian 1.90 meter ini beraksi di Liga Perdana bersama PDRM dan Terengganu FC II

Namun sejak tahun lepas dia mula mendapat perhatian penyokong tempatan apabila Argzim Redzovic menjadi sebutan pihak pengurusan Terengganu FC untuk dinaturalisasikan.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, permohonan sudah dibuat dan kini menunggu 'lampu hijau' daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Beliau berkata, jika semuanya selesai, pemain pertahanan kelahiran Montenegro berusia 31 tahun itu bakal menjadi pemain naturalisasi pertama skuad TFC yang bakal beraksi dalam saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) musim depan selain Liga Malaysia (Liga M).

Namun ada perkara yang lebih mengejutkan apabila Argzim mendedahkan bahawa perjalanan dia sebagai pemain bola sepak di Malaysia didorong oleh sepupunya iaitu Mehmet Duraković.

created by InCollage

Argzim Redzovic menjadi sebutan pihak pengurusan Terengganu FC untuk dinaturalisasikan. Facebook/TFC

Perkara tersebut didedahkan dalam satu temu bual bersama Harimau Malaya di Youtube baru-baru ini.

Dalam sesi tersebut, sebelum dia datang ke Malaysia Mehmet menceritakan tentang budaya dan suasana bola sepak tempatan kepadanya.

"Pada mulanya saya tidak tahu tentang Malaysia, tapi sepupu saya iaitu Mehmet Duraković ada beri tawaran kepada saya.

"Ketika itu PDRM dan Negeri Sembilan ada offer dan saya tanya kepada dia bagaimana suasana di Malaysia dan dia menerangkan sedikit sebanyak tentang negara ini.

"Dia cakap bola sepak Malaysia bagus, orang dekat sini bagus, negara Muslim semuanya baik," katanya.

SHAH ALAM, 18 Ogos -- Pemain pasukan PDRM Argzim Redzovic (kiri) dipintas oleh pemain pasukan Selangor Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada perlawanan Piala Malaysia 2019 antara pasukan Selangor bertemu pasukan PDRM di Stadium Shah Alam hari ini.Kedua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Argzim ketika mewakili PDRM pada 2018.

Disebabkan itu, Argzim memilih PDRM sebagai kelab permulaan untuk memulakan karier bola sepaknya di Malaysia pada 2018.

"Jadi saya ambil tawaran daripada PDRM pada 2018 dan Alhamdulillah saya sign dengan PDRM ketika itu.

"Untuk tahun pertama agak sukar sikit tapi saya ada pengalaman bermain di Asia seperti Thailand dan Laos jadi saya selesa dengan makanan semua.

"Bola sepak di Malaysia tak begitu agresif seperti di Eropah jadi bila saya berkeras sikit, pengadil akan tiup dan ketika itu saya banyak kutip kad kuning, merah.

"Namun selepas dua tiga tahun saya dah mula menyesuaikan diri dengan keadaan liga bola sepak tempatan," ujarnya.

Kali terakhir Mehmet terlibat dalam dunia bola sepak Malaysia adalah pada 2020 selepas dia menamatkan kontrak bersama Perak FC bagi menyelesaikan urusan keluarga. Facebook/Perak FC

Buat pengetahuan anda semua, Mehmet merupakan seorang jurulatih dan pemain yang berjaya di Liga Malaysia apabila berjaya membantu Selangor memenangi banyak kejuaraan ketika zaman eranya menjadi pemain.

Bukan itu sahaja, Mehmet turut berjaya membawa Selangor melengkapkan 'Misi 33' Piala Malaysia pada 2015 apabila kali terakhir memenangi kejohanan itu pada 2005.

Selain itu Mehmet boleh digelar legenda Perak FC apabila berjaya menamatkan penantian selama 18 tahun The Bos Gaurus untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada 2018.

Kali terakhir Mehmet terlibat dalam dunia bola sepak Malaysia adalah pada 2020 selepas dia menamatkan kontrak bersama Perak FC bagi menyelesaikan urusan keluarga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram