[VIDEO] Sekian lama menyepi, MB Sanusi buat 'comeback' nyanyi lagu khas buat 'marka' malam Jumaat


  • Tular
  • Jumaat, 17 Feb 2023

Sanusi (kanan) ketika menyanyikan lagu Rendang Tak Berbuah di live TikTok pada Khamis.

BUKAN sahaja mahir dalam bidang sukan dan politik malah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian.

Bakat terpendam itu terbukti apabila Sanusi membuat live di laman aplikasi TikTok bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nad pada Khamis.

Difahamkan pada mulanya, Sanusi berkongsi kisah tentang kehidupnya zaman dahulu ketika waktu susah sebelum bergelar Menteri Besar Kedah.

Menurut Sanusi, kesusahan zaman kanak-kanaknya menjadi sumber inspirasi beliau untuk terus menerus memperjuangkan bagi menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapi rakyat di Kedah.

Namun selepas beberapa perkongsian oleh beliau, orang ramai memintanya untuk menyanyikan sebuah lagu kerana mereka ingin mendengarkan suaranya.

Tanpa rasa berat hati, Sanusi menyampaikan sebuah lagu bertajuk Rendang Tak Berbuah hasil nyanyian penyanyi legenda, Hattan.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rakyat Kedah memuji alunan suara merdu yang ditampilakan oleh Sanusi semasa menyanyikan lagu tersebut.

"MB Kedah serba boleh, kekal kan MB untuk Kedah," kata @Nasi Lemak Tanah Melayu.

"Terbaik MB berjiwa rakyat, sangat mesra dengan rakyat dan anak muda," ujar @Acet.

"Sempoi habis, tak ada lagi MB dalam Malaysia, sporting macam ini," jelas @Kapak Api215.

"Dia menyanyi hilang loghat Kedah, terbaik MB," luah @Joerahim7472.

Sebelum ini Sanusi terkenal dengan sikap kelantangannya dalam membuat teguran atau memberikan kenyataan khususnya terhadap pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sehingga menarik perhatian orang ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram