"CUBA bisik kata-kata itu dekat Zahid Hamidi".
Itulah komen yang dilontarkan oleh seorang pengguna media sosial di Facebook apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memuat naik satu gambar sedang melawat Kilang keluli Eastern Steel di Kemaman, Terengganu pada Rabu.
Dalam gambar tersebut, Tengku Zafrul sedang melihat api besi keluli sedang dibakar dan bahangnya sangat terasa walaupun berdiri jauh dari kawasan pembakaran itu.
"Panas betul relau di kilang keluli Eastern Steel ini, berdiri jauh pun dapat rasa bahangnya.
"Teringat pula masa saya kecil-kecil dulu, main mancis selepas itu jari terbakar.
"Menangis pergi jumpa Mama, lepas itu Mama cakap api neraka lagi panas!
"Terus saya berhenti menangis," katanya di Facebook pada Rabu.
Tangkap layar posting Tengku Zafrul di Facebook.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata memberikan pelbagai reaksi dan ada juga memberi pesanan agar memegang amanah dengan betul.
"Amanah dan tanggungjawab itu besar, takut dihitung di sana nanti, semoga semua baik-baik bos," kata Noraini Ainie.
"Peringatan yang baik dari Mama YB, terima kasih," ujar Zainal Rashid.
"Jadi menteri pun kena jaga tingkah laku, jangan fikir bila berkuasa sahaja, takut panas neraka pula awak terima nanti," jelas Muhd Aryep.
"Nak turunkan harga besi ke Tengku?" soal Lundi D Supilin.
Sebelum ini Tengku Zafrul dipilih semula sebagai Senator bagi menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa, dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram