PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menyerahkan kontrak kerajaan bernilai bilion ringgit terhadap 'saudara terdekat'.
Bekas Perdana Menteri itu juga dipanggil bagi membantu siasatan terhadap dana yang diterima parti itu yang dipercayai ada kaitan dengan dana Covid-19.
Sumber berkata, siasatan sedang dalam fasa terakhir dan dipanggil SPRM pada Khamis.
Jelas sumber itu, kertas siasatan membabitkan RM300 juta yang didakwa diterima Bersatu daripada dana pakej rangsangan Covid-19 juga kini di peringkat akhir untuk disiapkan oleh SPRM.
Sumber itu menambah, kertas siasatan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram