POLIS menahan seorang lelaki dipercayai pesakit mental yang dipercayai mengamuk menggunakan sebilah pisau pemotong daging di Paloh, Kluang, Johor pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam insiden pada pukul 1.40 tengah hari itu, suspek berusia 40-an tersebut berjaya ditenteramkan oleh orang awam dan polis kira-kira 10 minit kemudian.
"Polis menerima aduan awam yang melihat seorang lelaki mengamuk dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging sebelum suspek kemudiannya berjaya ditenteramkan.
"Siasatan mendapati lelaki berkenaan adalah pemegang kad pesakit mental dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, tular sekeping gambar memaparkan dua lelaki berpakaian seragam dipercayai polis memujuk seorang lelaki yang memegang pisau pemotong daging dipercayai sedang mengamuk di Paloh. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram