Ahli keluarga dakwa mangsa nahas Genting Highlands masih hidup


  • 112
  • Khamis, 09 Feb 2023

Keadaan van yang terlibat ketika nahas berhampiran Genting Highlands, baru-baru ini. — Agensi

GOH Siew Kim, salah seorang mangsa nahas berhampiran Genting Highlands, Pahang baru-baru ini didakwa masih hidup.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh ahli keluarga mangsa yang berusia 61 tahun itu kepada media menerusi satu pesanan ringkas.

"Saya ingin memaklumkan Goh masih hidup dan mengalami kecederaan. Saya ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat kesilapan dalam senarai nama,” katanya pada Khamis.

Difahamkan, individu tersebut menghubungi akhbar Cina untuk menjelaskan perkara itu, susulan kenyataan polis dikeluarkan pada Rabu.

Goh dipercayai sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sebelum ini, media menyenaraikan Goh di antara tujuh orang yang maut, selepas sebuah van persiaran terlibat dalam satu kemalangan berhampiran Genting Highlands, Pahang.

Antara yang terkorban adalah pemandu Wong Choun Chiet, 49, dan pembantunya, Chang Them Kong, 70.

Sementara itu, penumpang yang meninggal dunia adalah Foong Ah Lan, 68; Lee Moy, 67; Ang Meng Hong, 62; dan Seow Mee Tin, 72. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram