Van 14 penumpang terbabas, 7 maut jalan turun Genting Highlands


  • 112
  • Rabu, 08 Feb 2023

Enam maut selepas sebuah van dilaporkan terbabas dan melanggar penghadang jalan di Genting Highlands, Pahang pada Rabu. — Facebook/Bomba Penyelamat Negeri Pahang

SEKURANG-KURANGNYA tujuh dilaporkan maut selepas sebuah van bermuatan 14 penumpang terbabas selepas melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, Pahang pada Rabu.

Dalam kejadian itu, van berkenaan difahamkan dinaiki 14 orang termasuk 12 wanita dan tujuh daripadanya dilaporkan maut di lokasi kejadian.

Identiti mangsa nahas terkorban masih belum dikenal pasti.

Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Pahang dikejarkan ke lokasi kemalangan yang berlaku sekitar pukul 1.15 tengah hari itu.

Komander Operasi, Mohd Saufi Zakaria dalam kenyataannya pada Rabu berkata, seramai 14 mangsa keseluruhan yang terdiri daripada 12 orang wanita dewasa dan dua lelaki dewasa menaiki kenderaan tersebut dengan enam daripadanya dilaporkan maut.

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan 'Rescue Tools' manakala mereka yang tercedera dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram