TUJUH individu termasuk enam anggota polis bakal didakwa di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah atas tuduhan membunuh pada Rabu.
Ia susulan siasatan kes pembunuhan ke atas lapan anggota polis yang bertugas di Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom), termasuk empat pegawai kanan dan tiga lagi di Tawau, Sabah telah pun selesai.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, mereka telah menyelesaikan siasatan terhadap suspek berkenaan dengan kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Kesemua suspek akan dihadapkan ke mahkamah, dengan tujuh daripada mereka dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah kerana membunuh dan bersubahat.
"Ketujuh-tujuh individu berkenaan terdiri daripada enam anggota polis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, sambil menambah suspek berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada 28 Januari lalu, suspek diberkas berhubung kes pembunuhan seorang lelaki Nurman Bakaratu, 61, dengan mayatnya ditemui dalam semak pada 16 Januari.
Pada 30 Januari lepas, bekas isteri mangsa Nurima Juli, 33, yang merupakan seorang penganggur, didakwa melakukan pembunuhan di ladang kelapa sawit dekat Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, Tawau, Sabah sekitar pukul 7.30 malam hingga 9 malam pada 13 Januari.
Pada Selasa bersamaan 31 Januari, Idris Abdullah dalam kenyataannya menjelaskan, pembunuhan itu bermotifkan isu cemburu dan tidak melibatkan kes keselamatan di Sabah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram