DIBERITAKAN penjara di seluruh negara semakin sesak, apabila penempatan banduan dipercayai direkodkan melebihi ribuan individu daripada kapasiti yang ditetapkan.
Kesesakan penjara ini secara tidak langsung dapat memberikan impak negatif buat banduan-banduan daripada pelbagai sudut jika tidak diuruskan dengan betul.
Ia kerana penjara menempatkan manusia yang datang dari pelbagai latar belakang dan kesalahan yang berbeza.
Jika tidak diuruskan dengan betul ia akan menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap penghuni penjara seperti kesihatan mental, emosi dan lain-lain.
Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkongsi tiga faktor utama yang akan memberi kesan kepada banduan daripada segi psikologi kepada Majoriti.
Keadaan penjara sesak akan memberikan tekanan.
1. Emosi
Keadaan penjara sesak akan memberikan tekanan di samping menyebabkan individu yang berada di dalam penjara menghidapi masalah kegusaran yang teruk.
Misalnya, jika mereka duduk dalam tempat yang sesak memang akan memberikan tekanan serta menganggu emosi kerana mereka masuk dalam penjara pun dengan pelbagai isu.
Menurut Dr Fauziah, dia pernah menemubual seorang banduan yang sukar mendapatkan tidur yang cukup disebabkan kekacuan di dalam sel itu sendiri secara tidak langsung ia memberikan kesan negatif terhadap seseorang individu.
Pihak penjara perlu mengenal pasti tahap kesihatan mental banduan.
2. Kesihatan
Dalam penjara, terdapat dua golongan banduan iaitu agresif dan pasif.
Daripada segi kesihatan, kedua-dua golongan ini jika bertembung antara satu sama lain akan memberi kesan negatif.
Sebagai contoh, banduan yang insaf (pasif) tidak boleh bergaul dengan pesalah agresif kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan mental.
Ia boleh menimbulkan kesan neurosis bipolar kepada individu yang menjadi mangsa seperti pergaduhan.
Pihak penjara perlu mengenal pasti tahap kesihatan mental banduan supaya mereka tidak tertekan akibat suasana yang padat.
Prasarana penjara perlu dijaga dengan baik walaupun keadaan dipenuhi ramai banduan.
3. Prasarana
Prasarana penjara perlu dijaga dengan baik walaupun keadaan penjara dipenuhi ramai banduan.
Pihak penjara juga perlu adakan aktiviti di dalam penjara supaya banduan dapat mengisi masa lapang dengan betul.
Selain itu, pihak penjara perlu mengasingkan kategori banduan yang melakukan kesalahan berat dan ringan.
Paling penting banduan yang tidak bertoleransi dan mempunyai sifat agresif tidak patut bersama yang lain.
Ini kerana individu yang mempunyai sifat agresif mudah melenting dan berlaku salah faham lagi-lagi apabila sel penjara semakin sesak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,