'Anak dah makan half', wanita kesal kedai kopi 'famous' di KL jual roti berkulat


  • Tular
  • Jumaat, 03 Feb 2023

Wanita itu berkongsi gambar keadaan roti berkenaan yang didakwa telah rosak dan dipenuhi kulat.

BARU-BARU ini tular di media sosial seorang wanita berkongsi kisah berhadapan detik-detik cemas apabila anaknya nyaris termakan roti berkulat yang djiual sebuah premis minuman kopi terkenal di ibu kota.

Kejadian itu dimuat naik di media sosial apabila dia membeli roti di premis berkenaan dan menyedari keadaan makanan tersebut selepas anaknya mengatakan ia sedap.

"Saya dapat roti add on kulat, nasib tak tumbuh cendawan, anak dah makan separuh, nasib dia kata sedap lepas itu dia nak makan sosej.

"Waktu dia nak ambil sosej itu, ada kulat nasib baik nak buang roti itu, kalau tak habis dah ditelan, geli tak tahu berapa minggu dah dia pergi panaskan roti itu," katanya.

Menerusi gambar keadaan roti sosej itu kelihatan kulat di makanan sudah bertukar warna putih dan sedikit kehijauan.

Keadaan roti yang berkulat.

Majoriti menghubungi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Keabadian Cinte untuk menceritakan lebih lanjut tentang situasi yang dialaminya.

"Selepas insiden itu berlaku, saya pergi beritahu pekerja terbabit tentang hal roti berkenaan.

"Mereka meminta maaf dan ganti rugi dengan roti baharu berserta baucer," katanya.

Namun wanita itu tidak berpuas hati dengan roti baharu yang diterimanya kerana makanan tersebut tidak dipanaskan dengan betul dan masih ada ais batu.

"Roti sosej yang baru pun tak berapa panas dan masih ada ais di dalam, saya merasakan dia hanya panaskan sekejap sahaja.

"Saya tak tahu SOP masa mereka ambil untuk panaskan makanan tersebut dan berapa lama makanan perlu disimpan jika tidak habis dijual," jelasnya.

Resit pembelian yang dikongsikan.

Tambahnya lagi, dia turut meminta pekerja di kedai minuman kopi terkenal itu untuk menjelaskan insiden yang berlaku itu.

"Saya dah minta staf dekat sana explain macam mana boleh jadi macam ini.

"Mereka hanya kata mungkin roti itu tercampur dengan yang lama.

"Alasan mereka tidak logik sebab buat kerja sambil lewa dan membolehkan terkena keracunan makanan," ujarnya.

Wanita itu turut memaklumkan keadaan anaknya selepas termakan roti terbabit dan sempat memberi teguran kepada peniaga-peniaga makanan di luar sana.

"Saya bersyukur anak tidak terkesan dan sihat selepas makan makanan tersebut.

"Namun saya harap perkara ini tidak terkena kepada orang lain dan kedai menjual makanan perlu teliti dalam menguruskan makanan frozen macam ini, jangan fikirkan keuntungan sahaja," luahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram