Tun Faisal sahkan dipecat Umno


  • Politik
  • Rabu, 01 Feb 2023

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz

BEKAS Timbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat daripada parti itu.

Perkara tersebut diumumkan olehnya menerusi laman Facebook peribadinya pada Selasa.

Menurut bekas setiausaha akhbar kepada Tan Sri Annuar Musa, beliau menerima surat pemecatan itu pada Selasa menerusi aplikasi WhatsApp selepas dihubungi ibu pejabat Umno.

Beliau turut menyertakan salinan surat bertarikh 27 Januari yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Tun Faisal, yang digantung pada 2021, berkata beliau pernah merayu penggantungannya selama enam tahun sebelum ini kerana cara ia diputuskan secara meragukan.

Beliau menyifatkan, Tribunal Lembaga Disiplin gagal membuktikan dirinya bersalah kerana beliau tidak menfitnah Ahmad Zahid.

"Mereka gagal membuktikan saya bersalah apabila saya memberitahu Ahmad Zahid menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, yang kemudiannya ternyata benar.

“Kedua, saya tidak mengkritik Ahmad Zahid secara terbuka sebaliknya memberikan kritikan membina selepas itu terbongkar,” katanya.

Pemecatan Tun Faisal berlaku selepas bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersama bekas ketua Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, dipecat daripada parti pada 27 Januari lalu.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, former Shahril Hamdan, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, Datuk Maulizan Bujang dan Datuk Seri Mohd Salim Mohd Shariff antara ahli Umno yang digantung keahliannya selama enam tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram