SPRM beku akaun Parti Bersatu


  • Primer
  • Rabu, 01 Feb 2023

Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik parti Bersatu bagi tujuan siasatan.

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik parti Bersatu bagi tujuan membantu siasatan.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram,” katanya.

Difahamkan pembekuan akaun berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana RM600 bilion yang digunakan ketika negara berhadapan pandemik Covid-19.

Pada 6 Disember lepas, Azam berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan terdahulu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

SPRM, Bersatu, Azam Baki, COVID-19,