Waspada data peribadi dicuri, laman web ini boleh bantu anda


  • Massa
  • Ahad, 29 Jan 2023

Malangnya, tiada siapa yang benar-benar kebal daripada data peribadi mereka dicuri di Internet. — AFP Relaxnews

SALAH satu ketakutan terbesar pengguna Internet ialah apabila data peribadi mereka dicuri oleh sesebuah perkhidmatan atau rangkaian web sekali gus menjadikan mereka mangsa penggodam.

Tiada syarikat yang selamat daripada kecurian data besar-besaran, termasuk syarikat gergasi teknologi GAFAM.

Walaupun begitu, sekiranya perkara ini berlaku, anda bernasib baik kerana ketika ini adanya alat dalam talian yang berguna boleh memaklumkan jika alamat e-mel atau nombor telefon anda jatuh ke tangan pihak salah.

Selalunya, data yang dikumpul termasuk nama keluarga, nama pertama, nombor telefon, alamat e-mel dan profesion pengguna Internet. Dalam kes paling serius, butiran bank juga boleh dicuri.

Untuk mengetahui sama ada alamat e-mel atau nombor telefon anda berada di tangan yang salah, anda boleh melayari taman sesawang Have I Been Pwned.

Laman web terkemuka ini menyenaraikan semua data yang dilaporkan dicuri oleh laman sesawang dan perkhidmatan dalam talian. Hanya masukkan alamat e-mel anda untuk mengetahui sama ada ia muncul sekali atau beberapa kali.

Jika ini berlaku, anda akan diberikan senarai laman web dan perkhidmatan yang digodam atau rosak. Anda hendaklah segera menukar semua kata laluan yang berkaitan pada platform ini, walaupun serangan itu berlaku beberapa bulan atau tahun yang lalu. Ia juga sangat disyorkan untuk menukar kepada pengesahan dwi, jika boleh.

Perkhidmatan yang sama disediakan untuk nombor telefon. Jika nombor milik anda digodam, anda harus sentiasa berhati-hati, terutama apabila menerima sebarang mesej, panggilan atau mesej pesanan ringkas (SMS) yang mencurigakan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram