Rafizi sedia jawab soalan berkaitan isu ekonomi, kos sara hidup


  • Primer
  • Rabu, 25 Jan 2023

Rafizi sudah bersedia untuk menjawab semua isu berkaitan ekonomi dan kos sara hidup di Dewan Rakyat.

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli menjangkakan soalan berkaitan ekonomi, inflasi dan kos sara hidup akan menjadi tumpuan pada persidangan Parlimen akan datang.

Rafizi juga mengakui sudah bersedia untuk menjawab semua soalan tersebut.

Katanya, penggubal undang-undang mempunyai hak untuk membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat dan tidak menganggap ini sebagai isu politik.

"Saya percaya rakyat boleh menilai isu itu. Sama ada pembangkang mahu membangkitkan perkara itu, terpulang kepada mereka kerana rakyat tahu keadaan sebenar," katanya.

Sidang Parlimen kali ini adalah yang pertama untuk Rafizi hadir sebagai menteri Ekonomi.

Dahulu, sebagai ahli pembangkang, Rafizi pernah membangkitkan isu yang melibatkan ekonomi dan kos sara hidup.

Kali terakhir Rafizi berada di Dewan Rakyat ialah ketika memenangi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Pada PRU15, Rafizi memenangi kerusi Pandan dengan majoriti 48,000 menewaskan calon Perikatan Nasional, Muhammad Farique Zubir Albak yang memperoleh 25,706 undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram