Hujan lebat berterusan tahap bahaya hingga Khamis di Johor, Sabah


  • Primer
  • Rabu, 25 Jan 2023

Johor dan Sabah dijangka mengalami hujan lebat berterusan sehingga khamis.

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor dan Sabah hingga Khamis.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan daerah yang terlibat di Johor adalah Mersing dan Kota Tinggi, manakala di Sabah melibatkan Sandakan (Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Kenyataan sama turut memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku di Pahang meliputi Pekan dan Rompin; Johor (Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru) serta Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid) bagi tempoh sama.

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku hingga Khamis di Pahang yang melibatkan kawasan Maran, Kuantan dan Bera; Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin); Melaka; Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) serta Sabah di kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Kinabatangan).

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan serta Terengganu dari 27 Januari hingga 30 Januari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram