PENDAKI yang ingin memasuki Taman Eko Rimba Selangor tidak lama lagi boleh memohon permit secara dalam talian.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, pada masa ini, negeri tidak menyediakan permohonan dalam talian dan pendaki perlu mendapatkan permit secara manual.