
Mohd Jafni (tengah, biru muda) bersama Hazlina (di kanan Mohd Jafni) bergambar selepas pelancaran RKK Sedili di Pantai Teluk Mahkota di Kota Tinggi, Johor.
KERAJAAN Johor memperkenalkan tiga Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) untuk pembangunan kawasan luar bandar bagi tempoh 15 tahun akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, ketiga-tiga RKK itu adalah di Tangkak, Endau-Rompin dan Sedili yang terletak di Johor.