[VIDEO] Padah potong 'double line', rider tercampak bertembung 'King' di B.B.Bangi


  • Tular
  • Rabu, 18 Jan 2023

Tangkap layar kemalangan membabitkan penunggang p hailing dan sebuah kenderaan Myvi di Bangi, Hulu Langat, Selangor pada Selasa.

SEORANG penunggang p hailing mengharungi detik tragis apabila dirempuh sebuah kenderaan Perodua Myvi dari arah hadapan di sebuah jalan dekat Bandar Baru Bangi, Selangor pada Selasa.

Insiden itu berlaku ketika penunggang terbabit dilihat menunggang dengan laju dan memotong garisan berkembar di laluan berkenaan.

Tidak semena-mena, sebuah kereta Myvi merah yang memandu dari arah bertentangan kemudiannya merempuh penunggang terbabit selepas gagal menekan brek dan mengelak daripada pelanggaran tersebut.

Susulan kejadian itu, mangsa akhirnya tercampak dan motosikalnya turut mengalami kerosakan di jalan raya berkenaan.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian itu namun, rata-rata warganet meletakkan kesalahan kepada penunggang terbabit yang dilihat sengaja menunggang di laluan bertentangan.

"Sikap rider yang bekerja demi sesuap nasi wajar dipuji namun pilihan untuk memecut dan memotong secara melulu perlu ditegur, kalau berjaya memotong, mungkin dapat rezeki lebih tapi kalau gagal itu mungkin hantaran terakhir dia," kata Chan Yee Chong.

"Perkara utama dalam kepala rider kena selalu ingat, dah tahu kawasan banyak simpang jangan la bawa laju macam nak ke bulan, potong garisan berkembar memang dah berbahaya," ujar Nur Atiqa.

"Motosikal tu memang salah, dah la potong garisan berkembar bawa laju pula, Myvi tu keluar simpang dah perlahan dah," tambah Apoi Pilus.

Beberapa kenderaan lain kemudiannya turut berhenti di lokasi berkenaan bagi memberikan bantuan manakala penunggang terbabit dilihat terbaring kesakitan ketika kejadian.

Belum ada sebarang laporan berhubung keadaan terkini mangsa setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kemalangan, King Myvi, Bandar Baru Bangi,