Perkhidmatan monorel alami kelewatan sebab gangguan sistem isyarat


  • Primer
  • Rabu, 18 Jan 2023

Gangguan perkhidmatan monorel tersebut mula dikesan pada pukul 3.50 petang Rabu.

OPERASI perkhidmatan monorel mengalami kelewatan susulan gangguan sistem isyarat di sepanjang laluan menyebabkan tren bergerak lebih perlahan dan waktu menunggu bertambah.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan gangguan tersebut mula dikesan pada pukul 3.50 petang dan pasukan kejuruteraan telah menjalankan kerja baik pulih bagi mengembalikan operasi normal secepat mungkin.

"Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebook rasmi Rapid KL pada Rabu.

Kenyataan itu menyebut anggota polis bantuan tambahan juga ditempatkan ke stesen-stesen terlibat bagi mengawal kesesakan di stesen dan platform selain memaklumkan penumpang menerusi pengumuman.

Pengguna diminta mengikuti media sosial Rapid KL bagi mendapatkan status terkini perkhidmatan Monorel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram