IBU mana yang tidak sedih apabila melihat anak kandungnya terpelanting di hadapan matanya sendiri.
Insiden tersebut dialami oleh seorang wanita bersama anaknya apabila dia dirempuh dari belakang oleh sebuah van berwarna putih di Seremban baru-baru ini.
Kejadian itu berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di lokasi tersebut.
Ketika kejadian, dua beranak itu sedang menunggang motosikal sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Namun tanpa disangka, sebuah van berwarna putih memandu laju dari arah belakang merempuh dua beranak itu walaupun lampu ketika itu baru bertukar hijau.
Ketika dirempuh kelihatan dua beranak itu terpelanting jauh dan anaknya dipercayai terperosok bawah kenderaan terbabit.
Momen yang paling menyayat hati apabila wanita tersebut cuba bangun daripada menahan kesakitan dan dilihat seakan-akan mencari anaknya.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen rata-rata orang ramai berang dengan tindakan pemandu itu dan mahukan pemandu tersebut diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa.
"Tolonglah ambil tindakan segera PDRM dan JPJ beri hukumkan yang setimpal," kata Kaan Mat Saman.
"Pemandu van itu memang patut di bawa ke mahkamah tuntut ganti rugi biar padan dengan muka dia," ujar Zairuddin Satar.
"Orang dan motor itu punya besar dekat depan pun masih tak nampak ke?" jelas Ah Pang.
"Kes ini patut di charged sebagai pembunuhan, tak tahulah dia mabuk ke apa," luah Lam HW.
Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram