[VIDEO] 'Tunggulah karma, perangai kau macam binatang!', ramai berang lelaki tendang anjing di Seremban


  • Tular
  • Khamis, 12 Jan 2023

Tangkap layar video lelaki terbabit bertindak menendang anjing terbabit.

SEORANG lelaki menerima kecaman orang ramai di media sosial apabila tular sebuah video tindakannya menendang seekor anjing yang berada di kawasan kejadian baru-baru ini.

Tindakan lelaki itu sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dipasang di premis berdekatan kawasan kejadian.

Terdapat dua video tular di media sosial menunjukkan tindakan lelaki terbabit yang mana pada mulanya dia dipercayai mengacah-acah haiwan tersebut yang secara kebetulan berada di sebelah keretanya.

Namun video lain pula menunjukkan lelaki sama bertindak menendang anjing tersebut yang berada di tengah lintasan pejalan kaki.

Tendangan kuat lelaki terbabit menyebabkan haiwan tersebut jatuh tergolek manakala individu itu berlalu pergi tanpa sebarang rasa bersalah.

Difahamkan video berdurasi satu minit 53 saat itu dipercayai berlaku di Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai menyelar perbuatan lelaki terbabit dan ada mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap individu itu.

"Tunggulah karma akan berlaku terhadap anda di atas jalan raya nanti," kata Jason Mok Yew Hongg.

"Anjing itu tak kacau kau pun, kau tak suka anjing biar sahajalah, kau pergi pukul tendang dia buat apa?" soal Vianz Low.

"Bahagian mana yang ambil kes macam ini, patut polis hubungi lelaki ini atas tindakannya itu," luah Mohd Zaidi.

"Anjing itu tak kacau kau pun, kenapa pergi tendang dia? Perangai kau itu lagi teruk daripada bintang," ujar YK Lee.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa tentang kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram