KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyatakan kekecewaannya berhubung isu anjing liar yang kebuluran ketika berada dalam sebuah pusat jagaan haiwan di Selangor.
"Ia bukanlah cara yang betul untuk memberi layanan kepada ciptaan Tuhan," katanya.
Tambah beliau, satu arahan sudah dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk melakukan siasatan terhadap kesemua pusat jagaan sekitar negeri itu.
Tular foto memaparkan anjing liar berada dalam keadaan kebuluran ketika berada dalam jagaan MPKL.
Sebelum ini, tular video dan foto di laman media sosial memaparkan beberapa ekor anjing berada dalam keadaan kebuluran ketika berada di bawah penjagaan Majlis Bandaraya Kuala Langat (MPKL).
"Saya harap rakyat di negara ini akan tampil untuk membantu membela nasib haiwan yang terabai," katanya.
Dalam masa sama, bekas Setiausaha Umno Negeri Melaka itu turut menegaskan bahawa sumbangan peribadi sudah dibuat kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan makanan kepada anjing liar tersebut.
"Ini adalah satu sumbangan kecil-kecilan daripada saya dan harapnya lebih ramai yang akan terbuka untuk melakukan sumbangan. Kami juga akan terus membantu dari pelbagai aspek," tambahnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram