Perbicaraan kes Mahkamah Persekutuan Najib dipendekkan jadi sehari


  • Primer
  • Selasa, 10 Jan 2023

Najib selepas Mahkamah Pesekutuan menangguhkan prosiding pendengaran rayuan terakhirnya. — Bernama

PERBICARAAN kes Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari akan dipendekkan kepada sehari.

Tarikh 19 Januari akan dikekalkan manakala dua tarikh lain iaitu 20 dan 26 Januari telah dikosongkan.

Difahamkan, tarikh tersebut terpaksa dikosongkan berikutan ketiadaan salah seorang hakim dalam panel itu kerana hakim terbabit terlibat dalam satu lagi kes perbicaraan yang perlu diutamakan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashroff Adrin Kamarul mengesahkan perkara tersebut.

Pada Isnin, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata bahawa permohonan semakan akan diteruskan seperti yang dirancang kerana hakim yang mempengerusikan perkara itu telah disediakan.

"Tarikh perbicaraan semakan telah ditetapkan dan kami mempunyai panel hakim yang bersedia untuk perkara itu," katanya pada sidang media selepas Pembukaan Tahun Undang-undang (OLY) 2023 pada Isnin.

Tarikh tersebut telah ditetapkan sejak 21 Oktober tahun lalu.

Pada 23 Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabitkan Najib dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes SRC bernilai RM42 juta.

Dalam pada itu, pada 6 September, beliau memohon agar semakan semula keputusan diadakan oleh Mahkamah Persekutuan dengan dakwaan "keguguran keadilan" dalam kesnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram