[VIDEO] Tentera tembak 'UFO' guna peluru berpandu


  • Berita
  • Ahad, 08 Jan 2023

Objek yang tidak dapat dijelaskan itu disasarkan oleh peluru berpandu anti pesawat. — Agensi

PELURU berpandu anti pesawat Rusia di bandar Rostov telah menembak jatuh sesuatu yang digambarkan dalam laporan berita tempatan sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor The EurAsian Times pada Sabtu.

Gabenor wilayah, Vasily Golubev membuat kenyataan di Telegram bahawa sebuah ‘objek bersaiz kecil dalam bentuk bola’ dikesan terbang di atas kampung Sultan Sala di daerah Myasnikovsky, Rusia pada ketinggian kira-kira 2,400 meter, Selasa lalu.

Objek itu segera disasarkan oleh anggota pertahanan udara tempatan selepas ditemui.

Saluran berita tempatan, Pivyet Rostov melaporkan bahawa sebuah UFO dalam bentuk bola telah ditembak jatuh di langit.

Ketika menjelaskan bahawa keputusan telah diambil untuk menghapuskan objek itu, Golubev menggesa orang ramai untuk bertenang.

Beliau meyakinkan penduduk tempatan bahawa ‘langit telah dilindungi dengan pertahanan anti-pesawat’ dan tidak ada sebarang ancaman bahaya.

Saluran berita tempatan Ostorozhna, Novosti kemudian menyiarkan video sebuah objek bersinar berbentuk bola yang meletup di langit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram