'Dia hanya tutup kesalahan sendiri', penyokong Gajah Perang turut kecam Kim Dae-yong insiden penalti


  • Podium
  • Ahad, 08 Jan 2023

Kim Dae-yong gagal membuat keputusan dengan baik dalam perlawanan di antara Malaysia dan Thailand. — Facebook/Changsuek

AKSI separuh akhir pertama saingan Piala AFF 2022 melibatkan pertembungan antara dua pasukan gergasi Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur menyaksikan Malaysia berjaya mencatat kemenangan menewaskan Thailand dengan jaringan 1-0 menerusi pemain sayap, Faisal Halim pada Sabtu.

Skuad kendalian Kim Pan-gon turut berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Thailand di laman sendiri sejak 2014.

Namun pengadil perlawanan, Kim Dae-yong menjadi topik hangat apabila gagal membuat penilaian dengan baik apabila terdapat beberapa keputusan kontroversi di buat olehnya.

Pada minit ke-55, Malaysia berjaya menghasilkan gol kedua menerusi sepakan percuma yang diambil Lee Tuck sebelum ditanduk masuk oleh pemain pertahanan kebangsaan, Dominic Tan.

Tetapi, pengadil kelahiran Korea Selatan itu membatalkan jaringan tersebut kerana dia melihat ada sikuan yang menyebabkan ‘foul’ sekali gus ia tidak dikira.

Insiden Dae-yong membatalkan jaringan kedua Malaysia. Facebook/Changsuek

Keputusan pengadil tersebut jelas mengundang kemarahan kem kebangsaan kerana jika dilihat dengan jelas, tiada apa foul dilakukan pemain negara sebelum jaringan itu.

Bukan penyokong Harimau Malaya sahaja yang meluahkan rasa ketidakpuasaan hati mereka, malah beberapa media Thailand turut mempersoalkan keputusan pengadil tersebut.

Ia apabila Shamie Iszuan menjatuhkan salah seorang pemain Thailand di dalam kotak penalti pada hujung minit permainan, namun Dae-yong tidak memberikan sepakan penalti ataupun melayangkan kad kuning.

Momen terjahan keras dari Shamie Iszuan terhadap pemain Thailand. Facebook/ Main Stand

"Untuk menutup kesilapan tidak membenarkan gol kedua Malaysia, jadi pengadil bukan keputusan yang adil tetapi tidak sebenarnya," jelas Hoang Phan.

"Ia sepatutnya penalti 1,000 peratus," luah Wongsoontorn Nakinsan.

"Pengadil itu rasa bersalah sebab membatalkan gol kedua Thailand, tiada apa lagi nak dibincangkan," ujar Gary S L Wong.

"Tidak kisah apa yang terjadi, pengadil is teruk buat bola sepak di Asean," kata Mike Chut.

Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat permainan untuk memberikan kelebihan tipis buat skuad negara yang akan menghadapi aksi kedua di Stadium Thammasat, Thailand pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram