Fans Thailand pelik, dedah 4 sebab Buriram tak patut sign Dion Cools berbanding seorang lagi bintang HM


  • Podium
  • Rabu, 04 Jan 2023

Cools, akan mengisi kuota ASEAN bagi mengukuhkan dan meningkatkan kepelbagaian permainan Buriram di sebelah kanan.

PEMAIN pertahanan yang menjad nadi utama pasukan Harimau Malaya mara ke Piala Asia 2023, Dion Cools kini sah bergelar pemain baharu buat kelab gergasi Thailand, Buriram United.

Dalam satu hantaran di laman media sosial Buriram United pada Selasa, Cools diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu mereka untuk menghadapi pusingan kedua Liga Thailand.

Pengkhabaran mengenai penghijrahan Cools daripada kancah bola sepak Eropah ke Asia itu bukanlah perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini, angin bertiup kencang mengatakan dia akan beraksi bersama Buriram United.

Pemain berusia 26 tahun itu memilih untuk menyertai juara terbanyak Thai League 1 sebanyak lapan kali, selepas kontraknya bersama kelab Republik Czech, FK Jablonec berakhir pada Selasa.

Cools, akan mengisi kuota Asean bagi mengukuhkan dan meningkatkan kepelbagaian permainan Buriram di sebelah kanan.

Namun timbul beberapa persoalan daripada penyokong Buriram United dengan kehadiran Cools ke dalam pasukan mereka.

Theerathon Bunmathan merupakan kapten pasukan kebangsaan Thailand. Agensi

1. Buriram mempunyai pertahanan kiri dan kanan yang bagus.

Seorang penyokong Buriram mempersoalkan kehadiran Cools ke dalam pasukannya sedangkan di posisi itu sudah mempunyai pemain lain.

"Macam mana kita nak letak Cools sebagai pertahanan kanan sedangkan Buriram dah ada Narubadin di posisi itu," katanya.

Buriram kini mempunyai pemain yang berkualiti tinggi di posisi pertahanan kanan dan kiri yang mana kedua-dua pemain mewakili skuad kebangsaan Thailand.

Pemain tersebut adalah kapten Thailand, Theerathon Bunmathan, bekas juara liga utama Korea, Sasalak Haiprakhon serta beberapa pemain lain.

Pemain Buriram United rata-ratanya dibaris skuad kebangsaan Thailand. Agensi

2. Rata-rata pemain Buriram United 'national player'

Hampir kesemua skuad Buriram United adalah pemain-pemain utama pasukan kebangsaan Gajah Perang.

Sejak menyertai Harimau Malaya, Cools dilihat lebih cenderung untuk bermain di posisi pertahanan tengah dan tidak kelihatan kekok walaupun itu bukan posisi utamanya.

Namun, menjadi persoalan adakah Cools akan ditolak bermain sebagai pertahanan tengah Buriram United sedangkan di posisi itu sudah mempunyai pemain import dan Pansa Hemviboon yang pernah menjaringkan gol sewaktu bertemu Malaysia pada 2018 di Thailand.

Shahrel Fikri pernah bersama Nakhon Ratchasima dan hanya berjaya menampilkan 10 perlawanan dan satu gol. Agensi

3. Pemain Malaysia ada sejarah buruk di Liga Thailand?

Sebelum kehadiran Cools ke Thailand, beberapa pemain bintang tempatan pernah mewakili kelab di negara itu.

Antaranya ialah Shahrel Fikri yang pernah bersama Nakhon Ratchasima dan hanya berjaya menampilkan 10 perlawanan dan satu gol.

Penyerang berbisa skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha tidak berjaya menjaringkan sebarang gol dan hanya melakukan enam penampilan ketika mewakili BG Pathum United.

Pemain naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh pernah berkelana ke Thailand dengan mewakili Police Tero FC namun tidak memberikan sebarang impak buat pasukan tersebut.

Sumareh ketika itu hanya melakukan empat penampilan dan merekodkan 114 minit permainan di dalam Liga Thailand.

Pemain Malaysia yang pernah mewakili kelab di Thailand adalah Dominic Tan, Curran Ferns dan Junior Eldstal.

Manakala dua pemain akan beraksi di dalam Liga Thailand adalah Safawi Rasid dan kini Dion Cools.

Liridon Krasniqi kini pula sedang bermain di Thailand bersama kelab Khon Kaen United.

Ruventhiran antara pemain yang semakin meningkat naik bersama skuad kebangsaan.

4. Bintang Harimau Malaya lain patut diintai Buriram United.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, ada penyokong Buriram yang ingin kelab tersebut mendapat pemain muda kebangsaan Ruventhiran sebagai long term investment.

Namun hasrat itu mungkin tidak menjadi kenyataan apabila baru-baru ini sudah menandatangani kontrak bersama Selangor FC.

Ada juga yang ingin lihat Cristiano Ronaldo Malaysia, Faisal Halim memperkuatkan barisan serangan pasukan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram