[VIDEO] Pinggan retak tebal berdaki, kedai 'femes' jual rojak 'diajar' MB Kuantan


  • Tular
  • Khamis, 05 Jan 2023

Keadaan belakang pinggan yang berdaki membuatkan lelaki tersebut tidak lalu untuk menjamah makanan. — Twitter

SEBUAH kedai makan di Taman Gelora, Kuantan, Pahang yang sebelum ini tular kerana didakwa mengabaikan kebersihan dengan menghidangkan makanan kepada pelanggan menggunakan pinggan retak dan berdaki sudah dikenakan notis dan kompaun dalam tempoh kurang 48 jam.

Kompaun itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di bawah undang-undangan kecil pengendali makanan 1983 selepas Bahagian Kesihatan Persekitaran, Bahagian Penjaja dan Bahagian Penguatkuasaan selepas menjalankan semakan susulan tular sebuah video pada Selasa.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MBK, Norkamawati Kamal berkata, kedai makan terbabit diberikan notis penutupan selama satu hari bagi kerja- kerja pembersihan.

"Hasil semakan mendapati kedai makan terbabit telah membuat kerja pencucian pinggan tersebut dan melupuskan pinggan yang retak.

“Selain tindakan kompaun, notis untuk membuang kelengkapan yang rosak, sukar dicuci serta tidak diperlukan selain membersih sawang dan persekitaran kedai turut dikeluarkan kepada beberapa peniaga di situ,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, premis tersebut merupakan sebuah kedai yang terkenal di Kuantan dengan pelbagai jualan makanan terutamanya rojak.

"Adakah ini kedai jual rojak yang 'femes' di Kuantan itu?" soal @Kakjenab.

"Pinggan retak, mangkuk, sudu, cawan yang dah berkerak sila ganti dengan segera," kata @Jamilhmzh.

"Pinggan mangkuk gelas cawan buat hidang pelanggan itu kalau boleh janganlah sumbing atau retak," jelas @Eidaisme.

Lelaki itu terkejut apabila mendapati pinggan yang digunakan retak dan berdaki. Twitter

Terdahulu, tular video seorang tukang masak melalui ‘channel’ YouTube miliknya memaparkan lelaki terbabit berkunjung ke kedai makan berkenaan bersama ahli keluarganya untuk menjamu selera.

Bagaimanapun selepas makan, mereka terkejut apabila mendapati pinggan yang digunakan retak malah selepas diperiksa, bawah pinggan juga berdaki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram