[VIDEO] Ramai fobia jalan runtuh Ranau-Sandakan — 'Tiap-tiap tahun ada saja nyawa melayang'


  • Tular
  • Khamis, 05 Jan 2023

Banjir dan hujan lebat dipercayai punca jalan putus di Jalan Ranau-Sandakan, Sabah pada Rabu malam. — Facebook

KEJADIAN tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali, Selangor baru-baru ini yang mengorbankan kesemua 30 mangsa telah menyentuh hati orang ramai.

Tanih tepu dipercayai punca utama kejadian di Batang Kali, tanih dengan kelembapan akibat hujan berterusan ketika hari kejadian dipercayai antara punca utama berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.

Pada masa sama, orang ramai juga bimbang situasi serupa berulang di Sabah apabila ada petanda awal sudah berlaku sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, insiden laluan utama Jalan Ranau-Sandakan terputus serta merta apabila punca utama kejadian tersebut disebabkan hujan lebat dan banjir yang sedang melanda di Sabah pada Rabu malam.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, seorang wanita berkongsi kejadian sama sebelum ini pernah terjadi di lokasi kejadian sehingga menyebabkan ada nyawa melayang.

"Di Ranau tempat itu selalu ada tanah runtuh, jalan raya pun runtuh. Seram nak pergi sana berapa kali sudah jadi kes ini.

"Tiap tahun ada kejadian macam ini berlaku, sebab itu kalau hujan orang tak berani lalu situ, setiap tahun pasti ada nyawa melayang dekat situ," dakwa wanita terbabit.

Dalam pada itu, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau dalam kenyataan pada Khamis berkata, sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif termasuk melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan kecil).

“Mohon patuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku.

“Segala kesulitan amat dikesali dan diharap bersabar untuk keselesaan bersama di masa akan datang,” katanya.



Terkini, laluan utama Jalan Kota Kinabalu-Sandakan atau Jalan Riverside di Kilometer 109.378 Ranau, ditutup serta-merta untuk semua kenderaan bermula Rabu malam.

Ia berikutan hujan yang berterusan hingga mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan terputus yang membahayakan laluan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, ratusan kenderaan turut terkandas, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram