DUA mangsa dikhuatiri lemas manakala seorang lagi terselamat selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai di jeti feri Tanjung Kunyit, Sungai Maaw, Sibu, Sabah pada Sabtu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dua mangsa yang masih hilang ialah Philip Yiin Chung Leong, 61, dan seorang lagi yang tidak dikenali manakala Brayant Magnus Ting, 38, berjaya berenang menyelamatkan diri.
"Orang ramai yang berada di lokasi kejadian telah menghantar Ting ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.10 pagi berkenaan sebuah kereta yang terjunam ke dalam sungai di jeti feri Tanjung Kunyit," katanya.
Tambahnya, tiga anggota bomba dan empat polis marin segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat kedua-duanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram