POLIS menahan seorang penjawat awam berhubung kes curi barangan milik mangsa tanah runtuh Batang Kali baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan pada Jumaat di kawasan Lembah Klang.
"Kami turut merampas barangan dipercayai milik mangsa semasa tangkapan," katanya kepada pemberita pada Sabtu di ibu pejabat polis Ampang Jaya.
Beliau berkata, polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.
Pada 1 Januari lepas, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supritendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial dipercayai ahli keluarga salah seorang mangsa tanah runtuh.
Hantaran itu mendakwa individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch N Go milik mangsa.
Polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu dan membuka siasatan berhubung dakwaan kecurian mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram